14 Februari 2010

Tugasan yang belum selesai

Masyallah, Allahuakbar, Subahanallah.....................................banyak lagi tugasan maktab yang belum selesai lagi. hari demi hari yang berlalu ,semakin dekat dengan cuti bulan 3 nie. Date line nak hantar tugasan semakin dekat. Bukan semakin berkurang beban tugasan malah semakin bertambah banyak.Mungkin inilah kepayahan yang dialami  oleh seorang yang bergelar pekerja dan pelajar.Tapi demi mencapai sebuah kejayaan yang cemerlang kita perlu banyak berkorban.Di kala orang lain sibuk bercuti, aku berhempas pulas dengan tugasan yang tak pernah surut.Tugasan yang menguji ketahanan minda . Apa pun selamat bercuti kepada anda yang bercuti. Selamat bertugas kepada mereka yang tidak punya waktu untuk bercuti.

02 Februari 2010

selamat bertunang adikku......................


Pada tanggal 30 januari yang lalu satu lagi peristiwa penting berlaku dalam keluarga kami. Adikku yang ketiga telah di pinang dan telah menjadi tunagan orang. Yang kakaknya pula masih lagi solo. Melangkah bendul lah nie ceritanya.Ada beberapa gambar hantaran yang digubah sendiri .Apa pendapat anda ???? Bole komen terus dengan saya........... dan saya boleh perbaiki dari masa ke semasa.

01 Februari 2010

selamat hari lahir anakku...................

selamat hari lahir anak ku........................................
Tiada apa yang umi dan walid dapat berikan , hanya kasih sayang dan iringan doa semoga anak walid dan umi menjadi insan yang soleh .Terima kasih buat pacik dee yang sponsor kek garfield ini.......

24 Januari 2010

balik kampung......................

Dah setahun tak balik kampung . walaupun masi di kawasan sabah tapi tetap jauh jua.sebab perjalanan ke kudat memakan masa 3 jam . lagipun bz ja sejak kebelakangan ini .Masa cuti tak dapatlah nak berjalan dan bercuti sebab masuk maktab lagi . Sekali sekala dapat berjalan rasanya tenang sekali. Dari kudat terus ke kota Marudu yang mengambil masa lebih kurang 2 jam perjalanan dari Kota Kinabalu. Seronok lah jua dapat berjalan jauh, orang kata jauh berjalan luas pandangan.Walau perjalanan makan masa yang lama tapi kami sekeluarga tetap enjoy.Di Kudat dapat makan ikan yang fresh,udara yang segar dan jauh dari kesibukan kota. Bila dah dapat bercuti dan berjalan sekali sekala dapatlah release tension sedikit, dari kerja kursus yang bertimbun, kerja sekolah yang terlalu banyak dan pelbagai lagi masalah yang timbul..............................
Sempat lah pi Simpang Mengayau dengan Macik yang tinggal di Kudat,rasanya nak pi sana memang tak bosan . apa tidaknya apabila kita melihat keindahan ciptaan Allah di sana kita berasa amat tenang sekali......Di Kudat dapat makan sinagol yang tak da di kota Kinabalu. Apa itu Sinagol?Sinagol itu ialah ikan yu yang di masak macam kerisik yang di masak dengan kunyit dan bahan -bahan yang biasa




02 Januari 2010

salam tahun baru

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh selamat tahun baru . di seluruh dunia menyambut tahun baru dengan pelbagai ragam.Begitu juga dengan rakyat malaysia yang menyambut tahun baru dengan pelbagai ragam .Sambutan tahun baru yang kita raikan banyak di pengaruhi oleh budaya asing . Kenapa kita perlu mengikut budaya yang begitu asing bagi kita?????Adakah kita tidak punya identiti kita sendiri sebagai negara islam????

20 Disember 2009

lama menghilang

assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh salam maal hijrah dari kami sekeluarga .Lamanya menghilang baru sekarang dapat buat catatan .
 Apa tidaknya sibuk ja cuti pun kena p maktab jadi tak ada masa nak cek blog selalu.dan ini adalah sebahagian ahli dalam kelas kita orang..............

15 November 2009

NAK BELI MINI POPIA???


Hari raya aidiladha akan menjelang tak lama lagi .Nak beli mini popia ,seperti dalam gambar???? 
yang ini 1/2 kg berharga RM19.00 Anda berminat ??? bole telefon saya di nombor ini 0138758504 .cepat sementara stok masih ada................

selangkah kehadapan.....................................

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh...................................
kekecewaan yang lalu kerana blog yang dicipta tak dapat dibuka .jadi kenalah buat balik .mudah-mudahan blog yang ini akan dapat melangkah lebih jauh lagi sebagaimana moto kami selangkah kehadapan............................................

Kejayaan yang dimiliki oleh orang lain membuatkan hati ingin turut serta menempah kejayaan "Ya Allah padamu hambamu ini bermohon, berilah kejayaan kepada kami sebagaimana Engkau memberi kejayaan pada hamba-hamba mu yang lain". Amin