31 Oktober 2009

CHIKEN POK

Empat hari yang lalu anak saya diserang demam chiken pok.kesian saya lihat keadaannya dipenuhi dengan ruam yang berair .kebetulan pulak waktu itu bapanya mahu p outstation di luar daerah kota kinabalu selama 3 hari . sayalah yang menjaga anak seorang diri. Banyak makanan yang dia dipantang untuk seketika. Dari pertama dia dia diserang chiken pok hingga ke hari ini saya hanya masakkan bubur ayam untuk anak saya. Mujurlah emak saya tinggal dalam  daerah kota kinabalu juga,bila saya hendak pergi kerja,saya tinggalkan  anak saya dibawah jagaan emak. terima kasih ibu jasamu sudi menjaga dan memelihara anak dan cucumu amat kami hargai .

13 Oktober 2009

siapa seorang isteri di mata seorang suami?

beberapa hari yang lalu, seorang kawan email kan perkara ini kepada saya.

kawan saya berkata; siapa seorang isteri di mata seorang suami?Adakah isteri sebagai oarng gaji di rumah?Adakah isteri hanya sebagai pemuas nafsu di atas katil? Adakah isteri tidak mempunyai perasaan marah?tidak punya perasan sedih?tidak punya perasan sakit hati? Adakah si suami sahaja yang punya perasan marah? Sedangkan si isteri hanya berdiam memendam perasaan apabila di marah,di maki, di hamun dicaci oleh sang suami .wajarkah perkara ini berlaku ? Siapakah yang berada di sisi suami apabila suami susah?apabila sang suami sakit?apabila sang suami perlukan seorang teman?Bagaimana pulak kalau isteri yang sakit?isteri yang  letih?isteri yang buat semua tangungjawabdi rumah dan di luar rumah?Adakah sang suami akan bantu?ikhlas ka sang suami membantu isteri mereka? Bagaimana agaknya ciri suami yang mithali?Pernahkah sang suami bertanya tentang keletihan isteri?tentang sakit pening isteri ?tentang keperluan seorang isteri?tentang makan  seorang isteri? tentang pakaian seorang seorang isteri?

persoalan sebegini sering menghantui insan yang bergelar seorang isteri. Beruntunglah mereka yang mempunyai suami yang perihatin dan mengambil berat tentang diri mereka(isteri).
Apa yang penting  kita kena banyak bersabar .

selangkah kehadapan.....................................

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh...................................
kekecewaan yang lalu kerana blog yang dicipta tak dapat dibuka .jadi kenalah buat balik .mudah-mudahan blog yang ini akan dapat melangkah lebih jauh lagi sebagaimana moto kami selangkah kehadapan............................................

Kejayaan yang dimiliki oleh orang lain membuatkan hati ingin turut serta menempah kejayaan "Ya Allah padamu hambamu ini bermohon, berilah kejayaan kepada kami sebagaimana Engkau memberi kejayaan pada hamba-hamba mu yang lain". Amin