24 Januari 2010

balik kampung......................

Dah setahun tak balik kampung . walaupun masi di kawasan sabah tapi tetap jauh jua.sebab perjalanan ke kudat memakan masa 3 jam . lagipun bz ja sejak kebelakangan ini .Masa cuti tak dapatlah nak berjalan dan bercuti sebab masuk maktab lagi . Sekali sekala dapat berjalan rasanya tenang sekali. Dari kudat terus ke kota Marudu yang mengambil masa lebih kurang 2 jam perjalanan dari Kota Kinabalu. Seronok lah jua dapat berjalan jauh, orang kata jauh berjalan luas pandangan.Walau perjalanan makan masa yang lama tapi kami sekeluarga tetap enjoy.Di Kudat dapat makan ikan yang fresh,udara yang segar dan jauh dari kesibukan kota. Bila dah dapat bercuti dan berjalan sekali sekala dapatlah release tension sedikit, dari kerja kursus yang bertimbun, kerja sekolah yang terlalu banyak dan pelbagai lagi masalah yang timbul..............................
Sempat lah pi Simpang Mengayau dengan Macik yang tinggal di Kudat,rasanya nak pi sana memang tak bosan . apa tidaknya apabila kita melihat keindahan ciptaan Allah di sana kita berasa amat tenang sekali......Di Kudat dapat makan sinagol yang tak da di kota Kinabalu. Apa itu Sinagol?Sinagol itu ialah ikan yu yang di masak macam kerisik yang di masak dengan kunyit dan bahan -bahan yang biasa




02 Januari 2010

salam tahun baru

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh selamat tahun baru . di seluruh dunia menyambut tahun baru dengan pelbagai ragam.Begitu juga dengan rakyat malaysia yang menyambut tahun baru dengan pelbagai ragam .Sambutan tahun baru yang kita raikan banyak di pengaruhi oleh budaya asing . Kenapa kita perlu mengikut budaya yang begitu asing bagi kita?????Adakah kita tidak punya identiti kita sendiri sebagai negara islam????

20 Disember 2009

lama menghilang

assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh salam maal hijrah dari kami sekeluarga .Lamanya menghilang baru sekarang dapat buat catatan .
 Apa tidaknya sibuk ja cuti pun kena p maktab jadi tak ada masa nak cek blog selalu.dan ini adalah sebahagian ahli dalam kelas kita orang..............

15 November 2009

NAK BELI MINI POPIA???


Hari raya aidiladha akan menjelang tak lama lagi .Nak beli mini popia ,seperti dalam gambar???? 
yang ini 1/2 kg berharga RM19.00 Anda berminat ??? bole telefon saya di nombor ini 0138758504 .cepat sementara stok masih ada................

Anugerah kecemerlangan murid




Akhir-akhir tahun nie ibubapa sibuk dengan anugerah kecemerlangan anak-anak mereka . Ada di kalangan ibubapa yang terpaksa bercuti semata-mata untuk membri sokongan terhadap anak-anak mereka.Bukan sahaja ibubapa saja yang turut serta menghadiri anugerah kecemerlangan anak-anak malah ada juga yang membawa Atuk dan nenek mereka.Sesiapa yang dapat naik pentas, ibubapa mereka amatlah berbangga.Bagi mereka yang kurang berjaya ,kita sebagai ibubapa kena bagi banyak galakkan bukan kejian terhadap anak-anak.Galakkan mereka agar terus mencapai kejayaan yang lebih cemerlang di masa hadapan.

31 Oktober 2009

CHIKEN POK

Empat hari yang lalu anak saya diserang demam chiken pok.kesian saya lihat keadaannya dipenuhi dengan ruam yang berair .kebetulan pulak waktu itu bapanya mahu p outstation di luar daerah kota kinabalu selama 3 hari . sayalah yang menjaga anak seorang diri. Banyak makanan yang dia dipantang untuk seketika. Dari pertama dia dia diserang chiken pok hingga ke hari ini saya hanya masakkan bubur ayam untuk anak saya. Mujurlah emak saya tinggal dalam  daerah kota kinabalu juga,bila saya hendak pergi kerja,saya tinggalkan  anak saya dibawah jagaan emak. terima kasih ibu jasamu sudi menjaga dan memelihara anak dan cucumu amat kami hargai .

13 Oktober 2009

siapa seorang isteri di mata seorang suami?

beberapa hari yang lalu, seorang kawan email kan perkara ini kepada saya.

kawan saya berkata; siapa seorang isteri di mata seorang suami?Adakah isteri sebagai oarng gaji di rumah?Adakah isteri hanya sebagai pemuas nafsu di atas katil? Adakah isteri tidak mempunyai perasaan marah?tidak punya perasan sedih?tidak punya perasan sakit hati? Adakah si suami sahaja yang punya perasan marah? Sedangkan si isteri hanya berdiam memendam perasaan apabila di marah,di maki, di hamun dicaci oleh sang suami .wajarkah perkara ini berlaku ? Siapakah yang berada di sisi suami apabila suami susah?apabila sang suami sakit?apabila sang suami perlukan seorang teman?Bagaimana pulak kalau isteri yang sakit?isteri yang  letih?isteri yang buat semua tangungjawabdi rumah dan di luar rumah?Adakah sang suami akan bantu?ikhlas ka sang suami membantu isteri mereka? Bagaimana agaknya ciri suami yang mithali?Pernahkah sang suami bertanya tentang keletihan isteri?tentang sakit pening isteri ?tentang keperluan seorang isteri?tentang makan  seorang isteri? tentang pakaian seorang seorang isteri?

persoalan sebegini sering menghantui insan yang bergelar seorang isteri. Beruntunglah mereka yang mempunyai suami yang perihatin dan mengambil berat tentang diri mereka(isteri).
Apa yang penting  kita kena banyak bersabar .

selangkah kehadapan.....................................

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh...................................
kekecewaan yang lalu kerana blog yang dicipta tak dapat dibuka .jadi kenalah buat balik .mudah-mudahan blog yang ini akan dapat melangkah lebih jauh lagi sebagaimana moto kami selangkah kehadapan............................................

Kejayaan yang dimiliki oleh orang lain membuatkan hati ingin turut serta menempah kejayaan "Ya Allah padamu hambamu ini bermohon, berilah kejayaan kepada kami sebagaimana Engkau memberi kejayaan pada hamba-hamba mu yang lain". Amin