Salam aidilfitri buat sume pembaca .........lame tak muncul , sibuk beraya, sibuk masak untuk tetamu,sibuk melayan tetamu dan baru ja sembuh dari demam..............demam rayalah katakan .Kenangan di aidilfitri banyak menggamit rasa. Aidilfitri yang diraikan dengan begitu meriah sekali .Amalan kunjung- mengunjung mengeratkan lagi silaturrahim sesama kita insan yang bergelar manusia. .Di saat kita menziarahi tanah perkuburan adalah sebaiknya kita insaf dan mengingati saat kematian .Namun sering kali kita sebagai manusia menyalahgunakan kurniaan Allah kepada kita.Ada di kalangan manusia di zaman yang serba moden ini yang kurang bertamadun cara hidupnya.Mengapa ????????? itu yang menjadi persoalan dalam diri saya.Hari raya pertama yang lepas,saya serta keluarga menziarahi tanah perkuburan sanak saudara.Di kalangan manusia yang berkunjung ke tanah perkuburan menyedekahkan Al-Fatihah ,Surah Yasin dan doa arwah ada sekelompok manusia yang boleh dibahasakan secara kasarnya manusia durjana.Mengapa saya perkatakan sebegitu kerana mereka ini datang ke tanah perkuburan bukan untuk menyedekahkan surah Al-Fatihah tetapi sebaliknya meletupkan mercun dan bunga api di sana, tanpa rasa hormat pada manusia yang telah tiada dan tanpa rasa malu kepada manusia yang berada di sekeliling . ................................
CREAMY BUTTER CHICKEN
5 tahun yang lalu







