Bulan ramadhan sepenuhnya adalah bulan ibadat,bulan berkat dan bulan rahmat. Oleh kerana itu kita digalakkan memperbanyakkan amal ibadat,lebih-lebih lagi pada 10 hari yang terakhir di bulan ramadhan kerana di sanalah terdapatnya satu malam yang istimewa iaitu malam lailatul qadar yang pahala amalnya lebih baik dari seribu bulan. Bagi mereka yang beriman kepada Allah S.W.T , mereka ini akan menghidupkan malam lailatul qadar dengan beriktikaf di masjid-masjid atau di surau-surau yang berhampiran .Dan sesiapa yang ingin membuat amal kebajikan seperti menyediakan hidangan waktu sahur untuk orang yang sedang beriktikaf di masjid-masjid atau di surau-surau juga dikira sebagai satu ibadat.
Hari yang ke- 22 ramadhan saya diberi tugas khas.Saya diminta untuk menyediakan hidangan sahur untuk 50 orang yang sedang beriktikaf di surau yang berhampiran dengan tempat kediaman kami.Alhamdulillah pada awalnya berjalan dengan lancar .Sedang saya menumis kari tiba-tiba dapur gas mati dengan sendirinya. Ya Allah.............. pada saat kritikal itulah juga saya kehabisan gas untuk memasak. Ketika itu jam dah pukul 3.00 pagi .Saya berkata sendirian,dimana nak mendapatkan gas seawal pagi ini............? waktu orang nak bersahur dah dekat.ketika inilah saya mengalirkan airmata kesedihan .saya menangis kerana takut terlewat menyediakan hidangan orang yang hendak bersahur pada hari itu.sambil saya menangis saya cuba hubungi suami saya yang ketika itu sedang menunaikan solat tahajjud dan solat hajat di surau berhampiran.berkali-kali saya cuba hubungi namun tidak berjawab dalam hati saya berdoa walau apapun keadaan diharapkan suami saya menjawab telefon .dalam keadaan yang sedih itu saya mencuba lagi dan mencuba lagi .Dengan izin Allah telefon berjawab dalam keadaan suami saya sedang membaca doa.Saya masih tak puas hati dan menghantar pesanan ringkas menyatakan gas di rumah dah habis.Alhamdulillah dengan izin Allah sepuluh minit selepas itu suami saya pulang ke rumah dan menyatakan gas akan sampai tak lama lagi. Sekali lagi saya mengalirkan airmata.Kali ini airmata kegembiraan ,kerana Allah mempermudahkan kerja amal yang saya lakukan pada hari itu. Alhamdulillahirabbilalamin...........................Tepat jam 4.00 pagi semuanya telah siap dan sedia di bawa ke surau yang berhampiran.


Tiada ulasan:
Catat Ulasan